FRIENDS

Friday, January 10, 2014

SAHABAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Lama sungguh tak update blog nie.. Asyik kena tegur jaa.. Bila nak update? Haaa.. Malam nie nak update.. Hahaha.. Alhamdulillah, aku masih lagi berdiri di bumi yang indah dengan ciptaan yang maha esa dan masih lagi di dalam mencari keredhaanNya.. Allahmdulillah, bersyukur kepada hadrat illahi, aku serta rakan seperjuangan yang lain telah menamatkan semester yang ketiga dan insyaAllah akan meneruskan perjuangan di semester yang akan datang..

Sahabat,
Hargailah bila bersahabat, 
Sayangilah bila bersama,
Maafkan bila terluka,
Rinduilah bila berjauhan, 
Fahamilah bila keliru,
Nasihatlah bila terleka,
dan
Tegurlah bila tersilap.

Manisnya bersahabat kerana ikhlas.

Itu antara madah sahabat yang aku suka.. :D Indah bersahabat jika mereka ada ketika susah dan senang kita.. Kalau nak post satu satu, memang ramai kawan nie.. Tapi aku nak kongsi para sahabat aku.. :) 

Ok, ini sahabat dari sekolah menengah sehingga lah sekarang.. Always keep in touch.. Gambaq jala nohhh.. Haha.. Inilah geng ketot.. Sebab tu laaa yang letak nama nanaketot.. wkwkwkwk.. Pergi kemana, kami berempat.. :D 

Amira Erna

Qurratul Aini

Nor Athira


Yang nie pulak teman di perantauan.. Unikl MICET, Melaka.. 

Nor Ashikin
Hanis, Ekin, Nana

Chemical Engineering To be
Nadzin Zariq
Haaa.. Botak nie laa.. Bising sangat aku lama tak update.. Weh, aku update dah nie.. Kali nie letak gambaq hang seketoi.. hahahaha.. 

Sedikit sebanyak kisah sahabat, sini aku kongsi detik saat bersama sahabat, ketika susah dan senang.. :D

Pada hari bahagia Annaim
Annaim (27/10/2012)
Annaim bersama suaminya.. Alhamdulillah, setahun dah..
Para jemaah yang kuat makan
Farid Shafiq
Aisyah Aqila
Dan yang terakhir adalah aku.. :D Disini, saya Nur Farzana a.k.a nanaketot memohon maaf kepada kawan kawan semua sebab curi gambar.. hihi.. Maaf lah ye.. sayang korang semua.. 




Tuesday, November 12, 2013

MENANTI

Assalamualaikum.. Malam yang hening lagi sunyi ini, aku terasa seperti keanak-anakkan.. Menangis teringatkan sesuatu yang menyakitkan hati.. Mampukah aku mengharunginya lagi sekali? Mampukah aku? Disaat ini hanya terbayangkan wajahmu, gelak tawamu, senyumanmu.. Apakah aku akan kehilanganmu? Sungguh aku tak mampu bangkit jika aku jatuh satu hari nanti.. Kata-katamu itu begitu memilukan hatiku.. Sungguhpun aku tak sempurna dimatamu, tetapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik buatmu.. Ya Allah, jika dia jodohku, kau satukan kami.. Kini dia yang kau lihat.. Kini dia yang sempurna dimatamu.. Ya, aku tak mampu menolong disaat kau memerlukan sesuatu kerana pada masa yang sama, aku juga mempunyai masalah aku sendiri.. Mungkin kau belum melihat pengorbanan yang telah aku lakukan selama ini.. 

Yang merinduimu,
Nana        

Sunday, September 22, 2013

title??


Assalamualaikum.. :) wow.. setelah sekian lama tidak menulis, hati ini terasa ingin meluahkan sesuatu.. ^^ nahhh.. buat ayat macam penulis novel gitu.. haha.. kini aku berada di semester yang ketiga di Universiti Kuala Lumpur MICET.. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik seperti yang diinginkan oleh mahasiswa dan juga mahasiswi.. tapi pada semester ini berbeza sedikit.. aku tidak lagi menetap di dalam hostel tetapi di rumah sewa.. haaaa.. kehidupan berada di rumah sewa nie sangatlah berbeza berbanding menetap di dalam hostel yang indah.. hahaha.. okay2.. ayat aku macam orang baru nak belajar menulis.. :)

Pemikiran aku pada semester nie agak lain.. dari segi berfikir dan sebagainya.. selalunya aku akan menuduh tanpa usul periksa.. tetapi sekarang, alhamdulillah.. aku husnuzon terhadap sesuatu.. dan berfikir secara rasional.. :) wow!! keep it up!! haha.. actually, ada assingment yang perlu disiapkan.. tapi, mood study belum datang.. huhu.. wahai mood, jelmalah dikau! *ching* haha.. kehidupan ini bukannya seperti di alam harry potter.. caranya adalah, berwuduk, berzikir sejenak dan menyambung semula kerja.. *itu apa yg aku selalu buat* okay2.. aku tanak merapu lagi.. got to finish my work.. :) see you then.. insyaAllah.. bubbye!!

Wednesday, May 15, 2013

seorang hambaMu

Assalamualaikum.. ^^ sihat semua? alhamdulillah.. hee.. hari nie, habis sudah pertempuran aku di dalam dewan.. final exam yang sangat menakutkan.. penuh dengan liku-liku dan juga cabaran.. malam nie aku terasa sunyi sangat.. jadi disinilah tempat aku menghabiskan masa.. macam mana ehh nak start? 

Aku cuma seorang hamba Allah yang sering lakukan dosa-dosa.. sama ada secara sedar ataupun tak.. alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumi ini.. tetapi aku tak lari dari buat kesilapan yang sama.. hmm.. kini aku menyesal.. tetapi apakan daya.. semuanya tak dapat diputarkan semula.. aku hanya mampu menadah tangan yang sekecil-kecil ini.. dan berdoa agar aku diberi peluang untuk sembuhkan hati yang telah aku lukai.. hmm.. mohon juga aku dapat pertahankan hubungan ini.. insyaAllah.. Allah memberi dugaan kepada hambanya kerana mahu kita ingat kepadaNya dan bersujud padaNya..

Tabahnya aku berdiri pada ketika ini adalah kerana sahabat yang sering memberikan kata-kata semangat kepada aku.. sesungguhnya tanpa sahabat, mungkin aku rebah.. alhamdulillah.. kepada pemilik hati dan bakal suamiku, saya sering sakitkan awak.. tetapi saya akan berusaha untuk pertahankan hubungan kita.. saya harap awak berdiri di sebelah saya dan sama-sama kita harungi dan pertahankannya.. hanya awak yang saya sayang.. dan hanya awak yang saya cintai.. Assalamualaikum..

Sunday, May 5, 2013

- sejarah kehidupanku -

Assalamualaikum.. heee.. sihat semua? ada permintaan dari seorang sahabat nie.. katanya dah boleh hafal dah post yg sebelum nie.. so dia mintak aku postkan benda baru.. haha.. kesiannya.. okay2.. terima kasih kat yin tu bb rajin sangat stalk blog aku nie.. muahaha.. :D hari nie aku nak cita pasal handphone.. haa.. sabar2.. start dari mula2 okay.. :)

neonode
okay, nie handphone neonode.. actually nie handphone bapak aku pnya.. tapi aku kebas sebabnya, bapak aku tak guna pon.. alang2 tu bagi kat aku laa.. setelah beberapa tahun dia berkhidmat, tamatlah sudah perkhidmatan dia.. huhu.. sedih! then aku tukar handphone..

csl
aku bertukar kepada handphone nie.. sebenarnya mak atira yang bagi kat aku handphone nie.. sebab dia tak pakai jugak.. huhu.. dapat secondhand pon takpa.. janji boleh guna.. alhamdulillah... lama jgk pakai.. last2 handphone nie jatoh dan berkecai dan screen pecah.. haha.. masa tu aku kerja kat kedai kasut.. nak amik kasut dalam stor lahh.. panjat laa tangga.. tgk2 fon dah berkecai kat bawah tu.. haishh.. nak teriak dah tak berguna dah pon.. :( lepas 2 3 hari, aku pon p laa baiki screen tu.. alhamdulillah boleh pakai balik.. tapi yang tak best plak, baru bergayut dalam 5 minit dah terpadam dah.. masalah bateri plak.. haishh.. lepas satu2.. malas nak beli bateri, bodek handphone mama plak.. hahaha..

 
NOKIA 6630
haha.. nie laa handphone mama.. yes aku berjaya memujuk.. mama sayang kot phone nie.. tapi apa bole buat.. kesian kat muka aku yang dah mcm 1 sen nie.. mama pon bagi.. hahaha.. pakai laaa sampai skang.. sihat alhamdulillah.. hehe.. aku pakai 2 sim card.. jadi phone pon mesti laa dua. haha.. rumate aku yg pemurah lagi comel lagi baik hati pon bagi pinjam.. yalah.. org tu bli handphone baru.. hehehe.. 

SAMSUNG 3303i
inilah handphone rumate aku.. sampai sekarang aku pakai.. bila difikirkan balik, sampai bila aku asyik nak pinjam phone org kan? segan laa.. last2 handphone yang aku tunggu2 pon dapat.. jeng jeng jeng!!

iPhone 5
alhamdulillah.. setelah sekian lama aku menanti dirimu.. cewahh.. ayat jiwang siott! hahaha.. dapat keizinan dari kedua orang tuaku, akhirnya aku telah pon memiliki iPhone 5.. sound system dia best.. application dia mmg terbaik.. :) tapi kalau tak pandai guna mcm aku nie, mmg tadak function.. hahaha.. rasanya mcm aku banyak beletiaq.. haha.. sorry.. moga iPhone nie tahan lama ye.. haha.. insyaAllah.. aku sudahi post ini dgn Assalamualaikum.. :D

Monday, February 11, 2013

KEM!

Assalam.. ^^ olaaa.. jari nie dah tak tahan dah nak menulis nie.. *ngee* okay, aku nie jarang sangat pegi kem dulu.. bak katanya, anak mak.. hehe.. mak aku tak bagi laa woi.. kononnya tak selamat.. terima kasih mama bb perihatin kat anak mama nie.. *zzz* sekarang, aku dh besaq dan ada pilihan sendiri.. jadi, mak aku dah tak kisah aku nak pegi kem.. yey! macehh mama.. :)  okay, nak cerita ckit pasal kem yang aku pegi nie.. 

jeng jeng jeng.. pada 2/2/2013 dan 3/2/2013 aku dan juga rakan seperjuangan *perghh ayat* pegi mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan.. wow.. macam jauh kan? haha.. dari Unikl ke tempat nie lebih kurang 30 minit jaa.. jangan pelik tao.. aku dok sempadan dengan negori.. dah dah.. aku takmao cakap banyak.. jom tengok gambaq..

pemandangan dari puncak
indahnya ciptaan Tuhan :)

aku yg kecik tu..
besaq kan batu tu?
kena panjat guna tangga.. :O
:)
penasihat KLKM
encik khairul
one scout always scout
- aku no 4 dari kiri -
kecik mcm biasa

zzz.. tak kenai laa tu sapa.. :P
masakan rimba.. roti lilit..
tadaaa.. nie laa roti lilit kami..
haha.. semua dah kalot takot roti tak masak..
antara peserta yg p sana..
okay, rasanya yang tu jaa kot.. :) bez? t aku ajaq hampa cmna nk buat roti lilit.. dak pon, cari jaa kar MR GOOGLE.. haa.. kan senang? okay, sebelum nak the end story nie, penangan terakhir dari peserta yg join aktiviti nie.. jom tgk.. 

seramai 37 org yg p..
tu jalah.. rasanya hampa bosan kot.. :P okay, jumpa lagi dalam post seterusnya.. bubbye! Assalam.. happy selalu..

Friday, February 1, 2013

bacalah kalau nak tahu.. hehe..

Assalamualaikum.. follower semua sihat? alhamdulillah.. macam mana hari anda hari ini? bulan februari telah menjelma.. :) hehe.. esok, 2/2/13 aku akan mengikuti ke kem mendaki gunung datuk di rembau, negeri sembilan.. seramai 40 orang akan pegi kem nie.. aku salah seorang peserta.. :) excited nak pegi.. tapi bangun awai pagi nie, rasa macam nak demam laa pulakk.. adoiii.. harap2 esok dapat laa aku join.. amin.. doakan aku selamat pergi dan pulang.. :) 

Okay, kat sini nak selit sikit cerita.. ada yang kata aku nie tak pandai hargai orang.. bila susah, aku cari.. bila senang aku lupa.. ya, aku akui yang aku nie bukan perfect sangat.. manusia berubah hari demi hari.. tak boleh nak samakan hari ini dengan tahun2 yang lalu.. aku bukan diri aku yang dulu.. kepada 's', saya mintak maaf buat awak rasa macam tu.. memang saya terdesak sangat.. kalau awak tak faham, saya nak cakap mcm mana.. sem nie amatlah berat bagi saya nk pikul semua subjek.. awak dah cukup dewasa untuk faham apa yang saya alami sekarang.. kalau awak nak tahu, makan pun saya tak cukup tao.. takan saya tiap2 bulan nak mintak duit kat mak ayah saya.. walaupun itu memang tanggungjawab depa kat saya.. saya cuma nak kurangkan beban depa.. toup telah lagi..
 
Kalau itu yang awak cakap, saya nak  biar itu jadi satu kenyataan.. terima kasih.. :) tolong buang segala memori kita dulu.. saya toup nak kol awak, tapi habis kredit sebab damn voicemail.. saya marah yang teramat sangat! TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..

hidup mao relax.. mao chill.. :) aku cuma tanak tunjuk yang aku nie dah penat.. ^^

Thursday, January 3, 2013

CONVERST

Assalamualaikum.. haa.. post kali nie opkos tentang kasut baru aku.. bhahaha.. geli tangan ehh nak tulis pasal nie.. *padahal taktao nak update apa, maen cilokk ja nie* excited sangat time beli kasut nie.. hehe.. pegi shop dengan abang aku.. last2 dia biaq aku sorang jaa p beli.. errrr..

my new boyfie 

 cantik? hehe.. xiexie.. *ohh perasannya hang nana*  ahaks! gambaq tu bergegar cikit.. nebes.. haha..

another shot
aku tanya pendapat kawan aku, tali yang mana match bila pakai? jawapannya, both of them! haha.. konfiden jaa dia bagi jawapan.. ekceli, tali kasut yang warna pepel tu, aku beli asing.. tali tu lebih lebar dari yang dia dah bagi.. depa bagi tali warna putih dengan hitam jaa.. so, aku beli yang warna pepel tu.. amacam? boleh tera tu? haha.. that's all for today.. tengs for reading.. 

mai sat sini, ha.. jangan lupa tekan butang follow okay? i will follow you back! nantikan entry dari aku, NUR FARZANA.. daaa.. :) 

Tuesday, January 1, 2013

tak tahu laa

Assalamualaikum.. hari ini 1/1/2013.. aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca semua.. :) moga hidup pada tahun ni, akan diberkati dan diredhai Allah.. amin..
hari ni punya post tak panjang sangat pun.. sudah sebulan lebih aku memegang title 'single'.. dalam masa setahun, macam2 terjadi.. imissyouangah.. dalam masa sebulan lebih nie, aku hilaang dia.. hmm.. rindu? wajib lahh.. awak, saya doakan kebahagiaan awak, kejayaan awak.. saya minta maaf.. i miss you so much..

Monday, December 3, 2012

i miss you

Assalamualaikum.. hei pembaca blog yang setia menanti post dari aku.. :) sihat semua?? *angguk angguk* haha.. agak bengong disini.. aku jadi macam nie sebab nak tutup sedih jaa.. muahahahaha.. *thedevil* okay, pengakuan dari Angah, dia benci, meluat, menyampah, yang tak baik tu semua kat aku laa.. :) apa reaksi aku?? hanya mampu tersenyum jaa la.. sakitnya?? Allah jaa tahu.. hehehe.. jiwang dak aku? okay2..  hoi nana, apa yang istimewa sangat Angah tu?? hampa nak tao kaa?? Angah nie baik, penyabar, SETIA, dia sentiasa fikir sebelum bertindak, rajin, tak mudah putus asa.. bla bla bla.. nak senarai satu satu, memang banyak.. biar aku saja lah yang tahu pasal dia.. buruk baik dia.. :) tak baik kan nak buka aib orang kat sini.. aku share sedikit sebanyak yang mampu aku kongsi.. kenapa aku curang? sebab aku nie tak tahu nak hargai kehadiran dia laa.. ssshhhh.. ^_^  jahatkan aku? so, janganlah ikot.. nanti hampa yang menyesal.. mentah mentah dia tak mao balik kat aku.. macam macam usaha aku dah buat.. tapi? kata Angah ' aku takan jilat balik apa yang aku ludah'.. faham? hehe..

Aku rindu time hangout dengan dia.. mulut dia nie jenis yang pot pet sikit.. bila keluar dengan dia, ada saja benda nak cerita.. aahhh.. rindu nak dengar cerita.. ingat lagi masa kami tengah pokai, tapi nak jugak keluaq.. hhahaha.. duit minyak moto pon tak cukup tao.. nasib sempat sampai rumah.. kalau tak, nak cari minyak kat mana lahh.. duit dengan tadak.. hahaha.. pahit dan manis tu mesti ada dalam setiap perhubungan kan?? senyum ja okay? rasanya hampa mesti bosan kan dok dengar cerita aku yang basi nie.. maaf yaa.. rasanya cukup setakat nie saja.. kalau ada lagi post, aku akan cerita.. kalau yang dah bosan tu, ta payah jenguk dah nahh? terima kasih.. Assalamualaikum..


Saturday, December 1, 2012

Angah Oldklang tetap dihati

Assalamualaikum.. adoiyai.. bosannya hadap FB tuu.. huhuh.. apa lagi, rasa nak merapu kat sini pulak.. ngee.. sebenarnya aku rindu kat Angah.. hmm.. awak, saya rindu awak sangat sangat.. memang betol kata orang, bila dia dah pergi, baru kita tahu macam mana nak hargai dia.. baru laa rasa kosong dalam hati nie.. aku tahu aku curang dengan dia.. tapi, tadak sapa yang dapat ganti tempat Angah dalam hati aku.. hmm.. saya rindu awak sangat sangat.. kalau nak dihitung jasa, awak yang paling banyak brjasa kat saya.. awak ajar saya erti susah senang.. tak pernah lagi orang lain buat macam tu.. selalunya depa bagi kesenangan jaa kat awek.. awak ajar saya macam macam yang saya tak tahu dalam dunia nie.. 

Kalau nak bilang kenangan saya dengan awak, memang banyak.. tak mungkin saya dapat gantikan awak dengan orang lain.. saya sayang awak!

*kepada pembaca, aku cuma nak luah apa yang tersemat kat hati nie.. blog nie jaa tempat aku nk luah suka dan duka.. kalau yang tak suka, abaikan ya? terima kasih..


Wednesday, November 28, 2012

terima kasih untuk semuanya

Assalamualaikum.. hye kawan2.. tengah jeguk blog saya ehh?? terima kasih.. :) hmm.. hari nie saya post something yang amat memilukan hati saya.. :( mintak maaf ehh.. kepada wanita yang kat lua tu, jangan ikot perangai saya okay??

Sebenarnya, saya baru sahaja memutuskan hubungan dengan boy saya pada dua hari yang lalu, 27/11/2012. KENAPA?? saya buat hal lahh.. sebenarnya saya seorang yang cepat bosan.. tambah pulak dengan dok jaoh.. lagi lahh.. saya keluar dengan kawan lelaki saya.. sebelum ini pernah jugak berlaku macam tu.. saya bgtahu dia, then dia marah saya.. dia mintak putus.. saya merayu untuk dapatkan peluang kedua.. bila dah dapat, saya buat lagi.. melampau kan?? mmm..

Dia mengambil keputusan untuk tinggalkan saya dan tanak berhubung dengan saya lagi.. saya akui, saya tak menghargai peluang yang dia berikan kepada saya.. bodoh kan saya?? hmm.. saya minta maaf kepada kaum hawa, kerana telah memalukan kaum sendiri.. dan kaum adam, saya minta maaf bagi pihak kaum hawa kerana menyakitkan hati kalian.. 

awak, saya minta maaf sebab buat awak macam nie.. saya lepaskan awak.. terima kasih sebab awak jagakan saya selama setahun empat bulan.. halalkan makan minum saya.. jangan lupakan saya kalau awak dah kahwin nanti.. jemput saya ke majlis bahagia awak okay? walaupon kita dah tade apa apa, saya tak pernah sayangkan lelaki macam mana saya sayangkan awak.. maafkan saya.. 



sayang awak

buat masa ini sahaja nurkilan saya.. maafkan saya.. Assalamualaikum..

Monday, October 8, 2012

TIPS UNTUK PASANGAN DILUAR SANA.. :)


Assalamualaikum.. hye pembaca.. korang dah update blog?? ape lagi, bagi laa link korang.. nk BW bila free.. :) post saya kali nie, lelaki mahupun wanita, boleh jaa baca.. renung2kan tip kilat.. sebenarnya saya terbaca tip nie di majalah.. jadi saya mahu berkongsi kpd anda semua.. moga2 baca sampai habislah.. ada tip2 nk pikat hati, nak jaga hati wanita, apa yang wanita suka dan tidak suka, dan mcm2 lagi.. bagi yang tak suka jiwang tu, konfem muntah bila baca.. hahaha.. J selamat membaca.. ~_~

*WANITA*

·         1) Selain memerlukan cinta dan kasih sayang, wanita mudah terasa hati, cepat jemu dan suka kepada  perubahan serta suasana baru.

·         2) Kurang rasional dalam bercinta. Boleh jatuh cinta kepada lelaki yang  tidak sesuai atau munasabah dari segi pertimbangan akal.

·         3) Berjiwa sentimental, suka kepada seni, gemar menonton drama cinta atau program bercorak kekeluargaan.

·         4)Sifat cemburu memang sinonim dengan wanita. Mereka mudah curiga serta sentiasa berwaspada dalam perhubungan.

·         5) Suka didengari dan amat sensatif apabila pasangan gagal menjadi pendengar setia.

·         6) Mereka suka dipuji, dihargai dan sentiasa perlukan pengukuhan kasih sayang daripada pasangan.

·         7) Pandai memujuk, tinggi semangat pengorbanan berbanding lelaki.

·         8) Ramai wanita yang setia secara keterlaluan hingga sengsara daripada segi fizikal, emosi dan juga rohani.

·         9) Apabila sudah terlalu sayang, mudah memaafkan kesalahan pasangan yang berulang2 dan sukar memutuskan hubungan (walaupun memudaratkan)

·         10) Diam wanita merupakan “tangisan” paling kuat, tanda hati luka mendalam
.
·      

Yang nie jaa?? hala.. aku sempat baca yg nie jaa.. aiseyman.. :)
Haaaa.. Lelaki pon ada juga sesetengah macam benda kat atas nie.. *_* ada juga yang tak betul.. jadi jangan terlalu percaya ok? Assalamualaikum.. tengs for reading.. XOXO

Wednesday, September 19, 2012

Maafkan saya..


Assalamualaikum.. lamanya tak update sejak pegi belaja.. mm.. cian bloggie saya.. mesti korang pelik kenapa aku punya title jiwang semacam kan?? :)

Untuk insan tersayang..

 Awak, saya minta maaf sangat2 lukakan hati kecil awak.. maaf saya jd pemusnah hati awak.. izainkan saya rawat semula luka dihati awak tu.. saya merayu sangat.. walaupun awak tanak terima saya sepenuhnya, saya tak paksa awak.. tapi, bagilah saya peluang untuk tebus semula silap dan salah saya.. hati saya dan sayang saya hanya untuk awak.. maafkan saya..

Hari nie, awak terima saya semula.. terima kasih awak.. saya sayang awak... itu menunjukkan awak adalah seorang lelaki yang penyayang dan baik hati.. Alhamdulillah saya tak hilang awak..

*kepada pembaca, doakan kami supaya dpt membina masjid yang indah dengan kasih sayang dan cinta kami.. :) amin.. (aaauuwwwww.. malu lahh )

sekian saja nurkilan dari saya, nana farisya.. 

Wednesday, July 18, 2012

UNIKL MICET, ON MY WAY!

Assalamualaikum.. hye.. uhuk uhuk!
berhabok dah blog aku nihh.. aduhai.. kena rajin laa lap2 lepas nih.. :)
hehehe.. bukan tanak update.. tp lappy pon tadak lagi.. asik guna yang mama pnya jaa..
mao tak mengamok mak aku yg cute tuh.. :)
heheheh.. (yg lama punya nie)
hari nie 18/07/2012, aku dah pun memiliki lappy seniri.. :)
happy tak terkata.. ala, budak2 skang umo 3, 4 tahun dah ada lappy, iPhone, iPad lahh..
untung budak budak zaman sekarang.. :)


tengok title aku hari nie apa.. "UNIKL MICET" kan?
hahaha.. orang lain dah maju ke hadapan.. aku dok merangkak lagi.. :(
apa tu UNIKL MICET??

ok ok.. UNIKL MICET tu singkatan kepada
UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF CHEMICAL AND BIO- ENGINEERING TECHNOLOGY..
 haa.. panjang kan?? terbelit lidah aku baca.. hhehe
 aku amik kos CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOY (FOOD)
nak daftar 22 julai 2012..
puasa lagi.. :( penatnya nanti orientasi.. huhuhu..

sebenarnya nk upload pic unikl tuu.. tp line mcm tenukk.. 
nk tgk sgt, tkan jaa dekat google, unikl micet, t keluar laa.. hehehe
selamat malam semua..

Ringankan jai anda untuk menekan butang FOLLOW yaa..
Membantu itu satu amalan..
 
SAYANG AWAK KETAT KETAT!

Friday, March 30, 2012

Pemergiannya amat memilukan hati kami.. *dalam kenangan*

Assalamualaikum.. semua sihat?? kau orang ada bela haiwan peliharaan tak??
alaaa.. hari nie 30/03/2012, Bello telah kembali kepadaNya.. kucing kesayangan aku..

ini Bello, my lovely cat.. u always in my mind..
Bella, Mimi, Bello
ini gambar my first generation.. mimi nie, yang tengah tuh mama kepada Bello nan Bella.. 
i miss him!!
mata aku dah bengkak mcm mata ikan dahh.. huhuhuhu.. 
mr blanket cakap jangan lah nangis.. dah ajal dia sampai situ, redha jaa ok..
then mr blanket cakap, nangis puas2 ok, nnt kol balik nah sayang..
lepas jaa selesai cakap dengan mr blanket, teros nagis puas2.. mmm..
rindu dia!! walaupun seekor binatang, tapi dia hargai kita sebagai manusia..
sebelum dia nk mati, dia pnggil aku kat pintu.. "meow meow"
then teros dia keluar..
lepas nie tada lagi dia kejutkan aku bangun.. :(
i miss u sayangku.. 
my daddy ckp " see u in heaven''
aku rindu Bello..
dialah satu2nya kucing yg paling manja..
mood aku hilang nk taip blog nie.. mmm.. selamat malam semua..
moga hidup Bello tenang disana.. aminn..

Ringankan jari anda untuk menekan butang FOLLOW yaa..
Membantu itu satu amalan..

NANAFARISYA SAYANG MR BLANKET KUATKUAT!

Sunday, March 11, 2012

hujan keindahan bagiku

Assalam.. olaaa! waahh..spanish plak..ngee.. :)
kat rumah kau orang hujan tak??
fuhhh.. kat kulim nie lebat sangat.. tapii hujan-hujan laa best..
tahu kenapa??
tidor sedapp ohh.. :) sejukk.. apalagi..selimut laa.. hehehe..

soo comell!! ada macam aku?? hehe..

tapi hari nie aku tak tidor laa.. aku keluar dengan 'dia'.. pegi berkelah.. :)
seronok.. hari nie hari last kami nak jumpa.. dia nak kerja dekat juru dah..
jadi baru jaa aku turun masok dalam air.. tak sampai lima minit dah hujann.. 
kalot laa takot baju tukar basah.. lepas jaa masukkan baju dalam beg plastik, aku ingat nak berendam balik..
tapii 'dia' tanak sebab dia takot sakit..
jadi kami pun balik.. :)
keluar jaa dari tempat tuhh..
tak hujan ponn.. 'dia' kata kat aku, Allah tak bagi kita mandi laa sayang..
aku gelak jaa..
kami salin baju dekat petronas jaa..

hujan itu rahmat
sampai kat satu tempat nie, hujan lebat balik.. habis basah kuyup...
kami naik moto jaa.. amik angin.. mana laa ada lesen keta lagi.. :( *sedihh
salin baju pun basah balikk.. then redahh jelaa.. :)
samapai jaa kat rumah 'dia', dia bagi aku bihun sup suruh bawa balik..
buah mempelam lagii tao..
my favourite.. :)
yummy3..

sampai rumah jaa.. aku mandi suma.. *takan nk bagitau secara terperinci..segann laa..
makan bihun sup..
then makan mempelam.. tengs awakk.. :)
macam tuu laa jaga bini.. hehehe..

yup.. i love him..
 i think that all for now.. i really miss him..
walaupun baruu berapa jam je..hehehe..
muah muah muah ! Assalam..

Ringankan jari anda untuk menekan butang FOLLOW yaa..
membantu itu satu amalan.. :)

NANAFARISYA