FRIENDS

Tuesday, November 12, 2013

MENANTI

Assalamualaikum.. Malam yang hening lagi sunyi ini, aku terasa seperti keanak-anakkan.. Menangis teringatkan sesuatu yang menyakitkan hati.. Mampukah aku mengharunginya lagi sekali? Mampukah aku? Disaat ini hanya terbayangkan wajahmu, gelak tawamu, senyumanmu.. Apakah aku akan kehilanganmu? Sungguh aku tak mampu bangkit jika aku jatuh satu hari nanti.. Kata-katamu itu begitu memilukan hatiku.. Sungguhpun aku tak sempurna dimatamu, tetapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik buatmu.. Ya Allah, jika dia jodohku, kau satukan kami.. Kini dia yang kau lihat.. Kini dia yang sempurna dimatamu.. Ya, aku tak mampu menolong disaat kau memerlukan sesuatu kerana pada masa yang sama, aku juga mempunyai masalah aku sendiri.. Mungkin kau belum melihat pengorbanan yang telah aku lakukan selama ini.. 

Yang merinduimu,
Nana        

Sunday, September 22, 2013

title??


Assalamualaikum.. :) wow.. setelah sekian lama tidak menulis, hati ini terasa ingin meluahkan sesuatu.. ^^ nahhh.. buat ayat macam penulis novel gitu.. haha.. kini aku berada di semester yang ketiga di Universiti Kuala Lumpur MICET.. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik seperti yang diinginkan oleh mahasiswa dan juga mahasiswi.. tapi pada semester ini berbeza sedikit.. aku tidak lagi menetap di dalam hostel tetapi di rumah sewa.. haaaa.. kehidupan berada di rumah sewa nie sangatlah berbeza berbanding menetap di dalam hostel yang indah.. hahaha.. okay2.. ayat aku macam orang baru nak belajar menulis.. :)

Pemikiran aku pada semester nie agak lain.. dari segi berfikir dan sebagainya.. selalunya aku akan menuduh tanpa usul periksa.. tetapi sekarang, alhamdulillah.. aku husnuzon terhadap sesuatu.. dan berfikir secara rasional.. :) wow!! keep it up!! haha.. actually, ada assingment yang perlu disiapkan.. tapi, mood study belum datang.. huhu.. wahai mood, jelmalah dikau! *ching* haha.. kehidupan ini bukannya seperti di alam harry potter.. caranya adalah, berwuduk, berzikir sejenak dan menyambung semula kerja.. *itu apa yg aku selalu buat* okay2.. aku tanak merapu lagi.. got to finish my work.. :) see you then.. insyaAllah.. bubbye!!

Wednesday, May 15, 2013

seorang hambaMu

Assalamualaikum.. ^^ sihat semua? alhamdulillah.. hee.. hari nie, habis sudah pertempuran aku di dalam dewan.. final exam yang sangat menakutkan.. penuh dengan liku-liku dan juga cabaran.. malam nie aku terasa sunyi sangat.. jadi disinilah tempat aku menghabiskan masa.. macam mana ehh nak start? 

Aku cuma seorang hamba Allah yang sering lakukan dosa-dosa.. sama ada secara sedar ataupun tak.. alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumi ini.. tetapi aku tak lari dari buat kesilapan yang sama.. hmm.. kini aku menyesal.. tetapi apakan daya.. semuanya tak dapat diputarkan semula.. aku hanya mampu menadah tangan yang sekecil-kecil ini.. dan berdoa agar aku diberi peluang untuk sembuhkan hati yang telah aku lukai.. hmm.. mohon juga aku dapat pertahankan hubungan ini.. insyaAllah.. Allah memberi dugaan kepada hambanya kerana mahu kita ingat kepadaNya dan bersujud padaNya..

Tabahnya aku berdiri pada ketika ini adalah kerana sahabat yang sering memberikan kata-kata semangat kepada aku.. sesungguhnya tanpa sahabat, mungkin aku rebah.. alhamdulillah.. kepada pemilik hati dan bakal suamiku, saya sering sakitkan awak.. tetapi saya akan berusaha untuk pertahankan hubungan kita.. saya harap awak berdiri di sebelah saya dan sama-sama kita harungi dan pertahankannya.. hanya awak yang saya sayang.. dan hanya awak yang saya cintai.. Assalamualaikum..

Sunday, May 5, 2013

- sejarah kehidupanku -

Assalamualaikum.. heee.. sihat semua? ada permintaan dari seorang sahabat nie.. katanya dah boleh hafal dah post yg sebelum nie.. so dia mintak aku postkan benda baru.. haha.. kesiannya.. okay2.. terima kasih kat yin tu bb rajin sangat stalk blog aku nie.. muahaha.. :D hari nie aku nak cita pasal handphone.. haa.. sabar2.. start dari mula2 okay.. :)

neonode
okay, nie handphone neonode.. actually nie handphone bapak aku pnya.. tapi aku kebas sebabnya, bapak aku tak guna pon.. alang2 tu bagi kat aku laa.. setelah beberapa tahun dia berkhidmat, tamatlah sudah perkhidmatan dia.. huhu.. sedih! then aku tukar handphone..

csl
aku bertukar kepada handphone nie.. sebenarnya mak atira yang bagi kat aku handphone nie.. sebab dia tak pakai jugak.. huhu.. dapat secondhand pon takpa.. janji boleh guna.. alhamdulillah... lama jgk pakai.. last2 handphone nie jatoh dan berkecai dan screen pecah.. haha.. masa tu aku kerja kat kedai kasut.. nak amik kasut dalam stor lahh.. panjat laa tangga.. tgk2 fon dah berkecai kat bawah tu.. haishh.. nak teriak dah tak berguna dah pon.. :( lepas 2 3 hari, aku pon p laa baiki screen tu.. alhamdulillah boleh pakai balik.. tapi yang tak best plak, baru bergayut dalam 5 minit dah terpadam dah.. masalah bateri plak.. haishh.. lepas satu2.. malas nak beli bateri, bodek handphone mama plak.. hahaha..

 
NOKIA 6630
haha.. nie laa handphone mama.. yes aku berjaya memujuk.. mama sayang kot phone nie.. tapi apa bole buat.. kesian kat muka aku yang dah mcm 1 sen nie.. mama pon bagi.. hahaha.. pakai laaa sampai skang.. sihat alhamdulillah.. hehe.. aku pakai 2 sim card.. jadi phone pon mesti laa dua. haha.. rumate aku yg pemurah lagi comel lagi baik hati pon bagi pinjam.. yalah.. org tu bli handphone baru.. hehehe.. 

SAMSUNG 3303i
inilah handphone rumate aku.. sampai sekarang aku pakai.. bila difikirkan balik, sampai bila aku asyik nak pinjam phone org kan? segan laa.. last2 handphone yang aku tunggu2 pon dapat.. jeng jeng jeng!!

iPhone 5
alhamdulillah.. setelah sekian lama aku menanti dirimu.. cewahh.. ayat jiwang siott! hahaha.. dapat keizinan dari kedua orang tuaku, akhirnya aku telah pon memiliki iPhone 5.. sound system dia best.. application dia mmg terbaik.. :) tapi kalau tak pandai guna mcm aku nie, mmg tadak function.. hahaha.. rasanya mcm aku banyak beletiaq.. haha.. sorry.. moga iPhone nie tahan lama ye.. haha.. insyaAllah.. aku sudahi post ini dgn Assalamualaikum.. :D

Monday, February 11, 2013

KEM!

Assalam.. ^^ olaaa.. jari nie dah tak tahan dah nak menulis nie.. *ngee* okay, aku nie jarang sangat pegi kem dulu.. bak katanya, anak mak.. hehe.. mak aku tak bagi laa woi.. kononnya tak selamat.. terima kasih mama bb perihatin kat anak mama nie.. *zzz* sekarang, aku dh besaq dan ada pilihan sendiri.. jadi, mak aku dah tak kisah aku nak pegi kem.. yey! macehh mama.. :)  okay, nak cerita ckit pasal kem yang aku pegi nie.. 

jeng jeng jeng.. pada 2/2/2013 dan 3/2/2013 aku dan juga rakan seperjuangan *perghh ayat* pegi mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan.. wow.. macam jauh kan? haha.. dari Unikl ke tempat nie lebih kurang 30 minit jaa.. jangan pelik tao.. aku dok sempadan dengan negori.. dah dah.. aku takmao cakap banyak.. jom tengok gambaq..

pemandangan dari puncak
indahnya ciptaan Tuhan :)

aku yg kecik tu..
besaq kan batu tu?
kena panjat guna tangga.. :O
:)
penasihat KLKM
encik khairul
one scout always scout
- aku no 4 dari kiri -
kecik mcm biasa

zzz.. tak kenai laa tu sapa.. :P
masakan rimba.. roti lilit..
tadaaa.. nie laa roti lilit kami..
haha.. semua dah kalot takot roti tak masak..
antara peserta yg p sana..
okay, rasanya yang tu jaa kot.. :) bez? t aku ajaq hampa cmna nk buat roti lilit.. dak pon, cari jaa kar MR GOOGLE.. haa.. kan senang? okay, sebelum nak the end story nie, penangan terakhir dari peserta yg join aktiviti nie.. jom tgk.. 

seramai 37 org yg p..
tu jalah.. rasanya hampa bosan kot.. :P okay, jumpa lagi dalam post seterusnya.. bubbye! Assalam.. happy selalu..

Friday, February 1, 2013

bacalah kalau nak tahu.. hehe..

Assalamualaikum.. follower semua sihat? alhamdulillah.. macam mana hari anda hari ini? bulan februari telah menjelma.. :) hehe.. esok, 2/2/13 aku akan mengikuti ke kem mendaki gunung datuk di rembau, negeri sembilan.. seramai 40 orang akan pegi kem nie.. aku salah seorang peserta.. :) excited nak pegi.. tapi bangun awai pagi nie, rasa macam nak demam laa pulakk.. adoiii.. harap2 esok dapat laa aku join.. amin.. doakan aku selamat pergi dan pulang.. :) 

Okay, kat sini nak selit sikit cerita.. ada yang kata aku nie tak pandai hargai orang.. bila susah, aku cari.. bila senang aku lupa.. ya, aku akui yang aku nie bukan perfect sangat.. manusia berubah hari demi hari.. tak boleh nak samakan hari ini dengan tahun2 yang lalu.. aku bukan diri aku yang dulu.. kepada 's', saya mintak maaf buat awak rasa macam tu.. memang saya terdesak sangat.. kalau awak tak faham, saya nak cakap mcm mana.. sem nie amatlah berat bagi saya nk pikul semua subjek.. awak dah cukup dewasa untuk faham apa yang saya alami sekarang.. kalau awak nak tahu, makan pun saya tak cukup tao.. takan saya tiap2 bulan nak mintak duit kat mak ayah saya.. walaupun itu memang tanggungjawab depa kat saya.. saya cuma nak kurangkan beban depa.. toup telah lagi..
 
Kalau itu yang awak cakap, saya nak  biar itu jadi satu kenyataan.. terima kasih.. :) tolong buang segala memori kita dulu.. saya toup nak kol awak, tapi habis kredit sebab damn voicemail.. saya marah yang teramat sangat! TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..

hidup mao relax.. mao chill.. :) aku cuma tanak tunjuk yang aku nie dah penat.. ^^

Thursday, January 3, 2013

CONVERST

Assalamualaikum.. haa.. post kali nie opkos tentang kasut baru aku.. bhahaha.. geli tangan ehh nak tulis pasal nie.. *padahal taktao nak update apa, maen cilokk ja nie* excited sangat time beli kasut nie.. hehe.. pegi shop dengan abang aku.. last2 dia biaq aku sorang jaa p beli.. errrr..

my new boyfie 

 cantik? hehe.. xiexie.. *ohh perasannya hang nana*  ahaks! gambaq tu bergegar cikit.. nebes.. haha..

another shot
aku tanya pendapat kawan aku, tali yang mana match bila pakai? jawapannya, both of them! haha.. konfiden jaa dia bagi jawapan.. ekceli, tali kasut yang warna pepel tu, aku beli asing.. tali tu lebih lebar dari yang dia dah bagi.. depa bagi tali warna putih dengan hitam jaa.. so, aku beli yang warna pepel tu.. amacam? boleh tera tu? haha.. that's all for today.. tengs for reading.. 

mai sat sini, ha.. jangan lupa tekan butang follow okay? i will follow you back! nantikan entry dari aku, NUR FARZANA.. daaa.. :) 

Tuesday, January 1, 2013

tak tahu laa

Assalamualaikum.. hari ini 1/1/2013.. aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca semua.. :) moga hidup pada tahun ni, akan diberkati dan diredhai Allah.. amin..
hari ni punya post tak panjang sangat pun.. sudah sebulan lebih aku memegang title 'single'.. dalam masa setahun, macam2 terjadi.. imissyouangah.. dalam masa sebulan lebih nie, aku hilaang dia.. hmm.. rindu? wajib lahh.. awak, saya doakan kebahagiaan awak, kejayaan awak.. saya minta maaf.. i miss you so much..