FRIENDS

Wednesday, May 15, 2013

seorang hambaMu

Assalamualaikum.. ^^ sihat semua? alhamdulillah.. hee.. hari nie, habis sudah pertempuran aku di dalam dewan.. final exam yang sangat menakutkan.. penuh dengan liku-liku dan juga cabaran.. malam nie aku terasa sunyi sangat.. jadi disinilah tempat aku menghabiskan masa.. macam mana ehh nak start? 

Aku cuma seorang hamba Allah yang sering lakukan dosa-dosa.. sama ada secara sedar ataupun tak.. alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumi ini.. tetapi aku tak lari dari buat kesilapan yang sama.. hmm.. kini aku menyesal.. tetapi apakan daya.. semuanya tak dapat diputarkan semula.. aku hanya mampu menadah tangan yang sekecil-kecil ini.. dan berdoa agar aku diberi peluang untuk sembuhkan hati yang telah aku lukai.. hmm.. mohon juga aku dapat pertahankan hubungan ini.. insyaAllah.. Allah memberi dugaan kepada hambanya kerana mahu kita ingat kepadaNya dan bersujud padaNya..

Tabahnya aku berdiri pada ketika ini adalah kerana sahabat yang sering memberikan kata-kata semangat kepada aku.. sesungguhnya tanpa sahabat, mungkin aku rebah.. alhamdulillah.. kepada pemilik hati dan bakal suamiku, saya sering sakitkan awak.. tetapi saya akan berusaha untuk pertahankan hubungan kita.. saya harap awak berdiri di sebelah saya dan sama-sama kita harungi dan pertahankannya.. hanya awak yang saya sayang.. dan hanya awak yang saya cintai.. Assalamualaikum..

2 comments: